Hari Terbuka Pusat Internet PPR Kg Muhibbah
16 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2018, telah diadakan Hari Terbuka Pusat Internet PPR Kg Muhibbah bermula dari 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut dan telah menerima seramai lebih 180 orang pengunjung. Hari terbuka tersebut telah disertai oleh pelbagai golongan umur dan aktiviti yang bersesuaian dengan mereka. Hari terbuka ini turut disertai oleh Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas, Pusat Internet PPR Seri Semarak, Pusat Internet PA DBKL Desa Rejang, Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil dan Pusat Internet Kubu Gajah.
Sepanjang program tersebut berlangsung terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti Pendaftaran Portal Maxis eKelas, Pendaftaran Cabutan Hadiah Bertuah, Mini Games Klik Dengan Bijak, Pameran Printer 3D dan Kempen E-Waste. Terdapat banyak hadiah yang telah dimenangi oleh para peserta disamping Pusat Internet secara langsung dapat menjalankan kempen-kempen dibawah MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: